INISIATIF PEMBERIAN MAKANAN SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

[INISIATIF PEMBERIAN MAKANAN SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Highlanders.

Eksekutif Kebajikan dan Keselamatan telah menjalankan satu inisiatif kebajikan mahasiswa telah sepanjang tempoh minggu peperiksaan di Kolej Ibrahim Yaakub. Inisiatif ini dijalankkan sebagai langkah proaktif dalam menyokong kesejahteraan mahasiswa, khususnya dalam menghadapi tekanan akademik dan cabaran kewangan semasa tempoh peperiksaan akhir.

Inisiatif ini telah berlangsung selama tiga (3) minggu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 357 pek makanan telah diagihkan kepada para mahasiswa. Antara pek makanan yang disediakan termasuk nasi goreng, nasi lemak, mee hoon goreng, kuey teow goreng, burger dan benjo.

Dalam pada itu, inisiatif dalam memperkukuhkan sokongan kebajikan secara berterusan, penambahan bekalan makanan ringan ke dalam foodbank kolej turut dilaksanakan sebanyak 2 kali sepanjang tempoh peperiksaan. Langkah ini bertujuan memastikan akses makanan tambahan sepanjang tempoh ulang kaji pelajaran dinikmati oleh semua mahasiswa di Kolej Ibrahim Yaakub.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja berperanan dalam meringankan beban mahasiswa, malah mencerminkan komitmen berterusan dalam memupuk budaya prihatin, kesejahteraan holistik serta persekitaran pembelajaran yang kondusif di peringkat kolej kediaman.

Sekian.

EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA