SDG 3: GOOD HEALTH AND WELL-BEING
DARAH & SENYUM DET88E
Program Darah & Senyum merupakan inisiatif BSMM Detachment 88E dengan kerjasama dari Pusat Kesihatan UKM (PKU), Pusat Darah Negara dan Wan Optometri dengan tujuan bagi menggalakkan pelajar menderma darah sambil menyemai nilai kemanusiaan dan kepedulian sosial dalam diri mereka
Darah & Senyum ini menyediakan tempat yang selamat untuk pelajar menderma darah, di samping juga mendidik mahasiswa mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sekeliling. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3: Kehidupan Sihat dan Sejahtera, yang menekankan kepentingan memperluaskan akses kepada rawatan berkualiti, memperkukuhkan sistem kesihatan, serta menggalakkan gaya hidup sihat dan amalan pencegahan penyakit kanser atau kronik dalam kalangan masyarakat