De Puncak Port merupakan satu inisiatif gerai jualan mingguan yang dijalankan di kawasan Kolej Ibrahim Yaakub bertujuan untuk menyemarakkan suasana kampus serta memupuk pelajar asas dalam perniagaan.
De Puncak Port membuka ruang kepada pelajar untuk mencuba bidang keusahawanan dalam skala kecil. Ini memberikan pengalaman praktikal dalam mengurus perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran, dan khidmat pelanggan selari dengan sasaran SDG 8. Pelajar yang terlibat bukan sahaja memperoleh kemahiran perniagaan, malah turut meningkatkan kemahiran komunikasi, kerjasama, pengurusan masa dan daya tahan. Hal ini penting dalam mewujudkan tenaga kerja masa hadapan yang kompeten dan berdaya saing.