SDG 11: SUSTAINABLE CITIES AND COMMUNITIES

Gemerlap Sinergi Siswa (GSS 01)

Gemerlap Sinergi Siswa merupakan program tahunan kelab yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab, meningkatkan kefahaman mengenai tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa/i, serta mempromosikan kesihatan fizikal melalui aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Program ini telah dijalankan di Felda Palong 8,Negeri Sembilan.

Program Gemerlap Sinergi Siswa 01 ini membuka ruang kepada mahasiswa/i untuk bersama dengan komuniti kampung melestarikan kawasan kampung. Program yang dilaksanakan seperti Ziarah Cakna dan program di SK Palong 8 yang merupakan kerjasama antara mahasiswa/i dan komuniti kampung dalam usaha menjayakan aktiviti kemasyarakatan bersama.

HARI KECERIAAN KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

Hari Keceriaan Kolej Ibrahim Yaakub merupakan program yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kolej yang lebih bersih, selamat, dan lestari di samping meningkatkan kesejahteraan warga kolej. Program ini memfokuskan kepada penambahbaikan fizikal dan keceriaan persekitaran melalui penglibatan aktif mahasiswa/i.

 

Pelaksanaan aktiviti seperti pemasangan lampu solar, lukisan mural, hiasan papan kenyataan, serta penyelenggaraan landskap telah berjaya menceriakan kawasan kolej dan menjadikannya lebih kondusif untuk didiami. Selain itu, program ini turut memupuk semangat kerjasama, rasa tanggungjawab, dan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Translate »