PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DAN PIDATO TIMBALAN NAIB CANSELOR 2026

| PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DAN PIDATO TIMBALAN NAIB CANSELOR 2026 |

Tarikh : 9 – 11 Januari 2026 (Jumaat – Ahad)
Tempat : FKAB & Persada Canselori, UKM
Anjuran : Kelab Urusetia Perucapan Umum (UPU) dan UKMDebate

Seramai 8 orang peserta telah mewakili Kolej Ibrahim Yaakub dalam Pertandingan Debat Naib Canselor dan Pidato Timbalan Naib Canselor 2026 anjuran Kelab Urusetia Perucapan Umum (UPU) dan UKMDebate, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang pengucapan awam, dan memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk mengasah dan menonjolkan bakat masing-masing. Selain itu, program ini juga menjadi wadah perbincangan akademik yang sihat untuk mahasiswa/i.

Pada sesi kali ini, Kolej Ibrahim Yaakub telah membawa pulang kemenangan Naib Johan dalam Pertandingan Debat Kategori Kolej, 10 Pendebat Terbaik Keseluruhan, Pendebat Terbaik Pusingan Akhir, dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Public Speaking. Kemenangan ini diharap dapat menjadi dorongan dan inspirasi kepada seluruh warga Kolej Ibrahim Yaakub untuk meraih lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

EKSEKUTIF AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA