SDG 10: REDUCED INEQUALITIES

Malam Perayaan Dong Zhi

Perayaan Dongzhi menjadi platform pertukaran warisan budaya apabila disambut bersama oleh pelbagai kaum dalam suasana harmoni. Aktiviti seperti membuat tangyuan, menikmati hidangan tradisional dan persembahan kebudayaan menggalakkan kefahaman, toleransi dan menghapuskan prasangka. Pendekatan ini selaras dengan Matlamat SDG 10 yang menekankan pengurangan ketidaksamaan serta memperkukuh perpaduan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

ICF: A Way of Life Beyond Tradition

ICF 2025 menyatukan pelajar pelbagai kaum, termasuk pelajar bukan India, dalam satu platform kebudayaan yang inklusif, selaras dengan SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan dengan menggalakkan penyertaan merentas latar belakang budaya dan kaum. Program ini bukan sahaja memupuk persefahaman dan penghargaan budaya, malah sebahagian kutipan turut disalurkan kepada Pertubuhan Ikhlas Malaysia di Kajang bagi membantu warga emas dan individu kelainan upaya, sekali gus menyokong komuniti terpinggir dan menggalakkan keprihatinan sosial dalam kalangan mahasiswa.

Translate ยป