SDG 3: GOOD HEALTH AND WELL-BEING
SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (SUKEM)
Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) merupakan program kejohanan sukan tahunan yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan mahasiswa/i melalui penyertaan dalam aktiviti sukan.
Melalui pertandingan yang dianjurkan, mahasiswa/i dapat meningkatkan tahap kecergasan, membina semangat berpasukan, serta mengamalkan disiplin dan gaya hidup sihat. Program ini juga membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental pelajar.
HARI SUKAN NEGARA DAN PENGENALAN KELAB
Hari Sukan Negara dan Hari Pengenalan Kelab Kolej Ibrahim Yaakub merupakan program yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan penglibatan mahasiswa/i dalam aktiviti kampus melalui sukan dan kokurikulum.
Program ini menggabungkan aktiviti sukan dan pameran kelab bagi menggalakkan mahasiswa/i meningkatkan kecergasan fizikal, mengurangkan tekanan, serta membina semangat berpasukan dan kemahiran sosial. Selain itu, sesi pengenalan kelab membantu meningkatkan kesedaran dan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
CERAMAH KESIHATAN MENTAL
Program Ceramah Kesihatan Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88E merupakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mahasiswa/i terhadap aspek kesihatan fizikal dan mental.
Melalui sesi ceramah, mahasiswa/i memperoleh pengetahuan tentang pengurusan stres, keseimbangan emosi, serta kepentingan menjaga kesejahteraan diri. Program ini juga menggalakkan sikap proaktif dalam mendapatkan bantuan kesihatan dan mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental.
HIGHLANDERS VIRTUAL RUN