SDG 8: DECENT WORK AND ECONOMIC GROWTH
DE PUNCAK PORT
De Puncak Port merupakan satu inisiatif gerai jualan mingguan yang dijalankan di kawasan Kolej Ibrahim Yaakub bertujuan untuk menyemarakkan suasana kampus serta memupuk pelajar asas dalam perniagaan.
De Puncak Port membuka ruang kepada pelajar untuk mencuba bidang keusahawanan dalam skala kecil. Ini memberikan pengalaman praktikal dalam mengurus perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran, dan khidmat pelanggan selari dengan sasaran SDG 8. Pelajar yang terlibat bukan sahaja memperoleh kemahiran perniagaan, malah turut meningkatkan kemahiran komunikasi, kerjasama, pengurusan masa dan daya tahan. Hal ini penting dalam mewujudkan tenaga kerja masa hadapan yang kompeten dan berdaya saing.
PASAR MALAM PUAKA
Pasar Malam Puaka merupakan program yang menggabungkan konsep pasar malam tradisional dengan elemen rumah hantu bagi mewujudkan suasana kampus yang meriah dan unik. Program ini menyediakan ruang kepada mahasiswa/i untuk berniaga melalui gerai makanan dan jualan barangan, di samping menawarkan pengalaman hiburan bertemakan seram.
Melalui program ini, mahasiswa/i dapat memperoleh pengalaman dalam pengurusan acara, pemasaran, dan pengendalian kewangan. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar menjana pendapatan serta memupuk kreativiti dan inovasi dalam bidang keusahawanan.
EKSPLORASI KEUSAHAWANAN
Program Eksplorasi Keusahawanan ke Farm Fresh merupakan program lawatan industri yang bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang operasi sebenar dalam industri agro-makanan, khususnya dalam bidang tenusu dan pertanian moden.
Melalui lawatan ini, mahasiswa/i dapat memahami dengan lebih jelas tentang pengurusan perniagaan, penggunaan teknologi, serta amalan pertanian moden. Program ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk mengenali potensi keusahawanan dan laluan kerjaya dalam sektor agro-makanan.