About us

kNovasi 2026

kNovasi ialah singkatan kepada Kongres dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Ia merupakan acara tahunan anjuran Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2009. kNovasi adalah satu platform yang menghimpunkan penyelidik dan inovator dari institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri bagi mempamerkan dan berkongsi inovasi terkini dalam pengajaran, pembelajaran, pentaksiran serta pembangunan kurikulum.
Kongres dan Pertandingan Inovasi ini bukan sahaja meraikan kreativiti dan daya cipta dalam dunia pendidikan, malah menjadi medium untuk membina jaringan profesional, menambah baik amalan pedagogi, serta memupuk kelestarian dalam pendidikan..
Semua makalah hasil daripada kNovasi telah diterbitkan dalam jurnal Asean Jurnal Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE) dan juga buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM. Sementara produk dan inovasi PdP yang telah dipertandingkan disebar luas melalui saluran YouTube Pengajaran-UKM.

1
en_GBEN