Marilah kita terokai idea-idea baharu untuk masa depan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam semua sektor pendidikan di Malaysia.
Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi, guru dan pelajar sekolah, serta pihak industri, merangkumi
semua yang berminat mencipta penyelesaian dan melakukan penambahbaikan dalam P&P. Semua inovasi akan diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada ahli
akademik dan pihak industri serta awam Pemenang-pemenang dalam setiap kategori akan membawa pulang pingat, wang tunai dan sijil penyertaan.
Penyertaan kNovasi 2023 ini terbuka kepada ANDA yang mempunyai idea-idea kreatif, inovatif dan unik.
Bersama kita mencipta masa depan dan mengilham harapan.
Pertandingan inovasi pengajaran dan pembelajaran kNovasi 2023 terdiri daripada dua kategori iaitu kategori am dan kategori pelajar.
1. Kategori am terbuka kepada semua ahli akademik di Institut Pengajian Tinggi dan tenaga pengajar di sektor pendidikan.
Pertandingan kategori am akan dibahagikan kepada tiga (3) subtema:
a) Kurikulum Program Pengajian Inovatif
b) Pembelajaran Transformatif
c) Pengalaman Pembelajaran Imersif
d) Pentaksiran Alternatif
2. Kategori pelajar terbuka kepada semua pelajar sekolah dan penuntut Institut Pengajian Tinggi (dengan pembuktian kad pelajar).
*Hanya pembentang yang perlu mendaftarkan nama manakala ahli lain dalam kumpulan akan turut serta sebagai peserta biasa.
Setiap kategori pertandingan akan dinilai oleh:
Penilaian akan dibuat melalui dua proses berikut:
1. Penilaian klip video dalam talian oleh juri awam:
a. Kami akan memberi panduan untuk anda memuatnaik video anda ke Instagram untuk penjurian awam. Sesiapa sahaja boleh memberi "Like" jika mereka suka video anda. Bilangan "Like" akan mejadi sebahagian dari markah akhir pertandingan
b. Sila war-warkan kepada rakan-rakan anda (juri awam) untuk menilai hasil inovasi pengajaran-pembelajaran anda.
c. Markah akan diberikan berdasarkan undian “likes” klip video dari juri awam di Instagram Bicara Tuntas kNovasi 2022 dalam tempoh seminggu dan ditutup pada TBA jam 11:59 malam.
2. Penilaian klip video dalam talian oleh juri pakar akademik dan juri pakar dari bidang industri:
a. Pembentangan klip video dan sesi soal jawab akan berlangsung pada TBA. Klip video tiga (3) minit tersebut akan ditayangkan untuk penilaian juri diikuti dengan sesi soal jawab selama 10 minit. Setiap pembentangan diumpukkan 15 minit bagi setiap slot (tiga minit pembentangan video, 10 minit soal jawab dan 2 minit tempoh tangguh/grace period).
b. Kriteria Penjurian merangkumi:
Komunikasi peserta dan pembentang boleh dilakukan melalui emel pembentang yang terdapat dalam aplikasi kNovasi2023 dan pelantar dalam talian yang disediakan.
Pemenang akan diumumkan pada 7hb September 2023.
Hadiah pemenang bagi kategori am Pertandingan Inovasi (mengikut TIGA sub-tema) adalah seperti di bawah:
Hadiah pemenang bagi kategori pelajar Pertandingan Inovasi adalah seperti di bawah:
Semua pembentang akan dijemput ke sesi raptai seminggu sebelum kNovasi 2023 untuk menyemak kebolehcapaian Internet di lokasi yang sama pembentangan akan dilakukan. Diingatkan bahawa lokasi sesi raptai MESTILAH sama dengan lokasi pembentangan pada hari persidangan.
Sila ambil perhatian bahawa pembentangan akan menggunakan platform Webex. Semua pembentang akan diberikan manual untuk memasang aplikasi Webex sebelum kNovasi 2023.
Setiap pendaftaran penyertaan akan menerima e-sijil penyertaan. Perserta boleh menyemak jadual pembentangan masing-masing paling lewat seminggu sebelum kNovasi 2022.
Hubungi I Misi & Visi I UKM I Dokumen
Dibangunkan oleh Pengajaran UKM. Hakcipta © 2023 Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
Penafian : Sepanjang melayari laman web ini, anda boleh terpaut dengan lain-lain laman web yang bukan di bawah kawalan PENGAJARAN-UKM tiada kawalan terhadap isi, jenis dan ketersediaan laman web berkenaan. Pautan tertera dan tersedia tidak seharusnya memberi andaian sebagai suatu syor galakan atau pengesahan kepada pandangan yang terungkap.