KOLEJ TUN SYED NASIR

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGETUA

 

PROF. MADYA DR. MOHD RAZIF SHAHRIL

 

Prof. Madya Dr. Mohd Razif Bin Shahril telah dilantik sebagai Pengetua Kolej Tun Syed Nasir pada tahun 2021 dan dengan penuh dedikasi, menjalankan tugasnya sehingga kini. Beliau turut merupakan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia di mana beliau telah menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dengan Kepujian pada tahun 2005. Kemudian, beliau telah memperoleh Doktor Falsafah (Sains Kesihatan) dengan Pengkhususan Epidemiologi Pemakanan dari Universiti Sultan Zainal Abidin pada tahun 2014.

Di samping menjawat jawatan sebagai Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, beliau juga memegang jawatan sebagai Profesor Madya di Program Sains Pemakanan dan Penyelidik di Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Kesihatan UKM.

Tel: +603-8921 5079 | Email: pgtktsn@ukm.edu.my