LATIHAN BERSAMA JABATAN PERTANIAN – BIMBINGAN PRAKTIKAL UNTUK AHLI KTSN

Pada 16 Oktober 2025, sesi latihan bagi menjayakan projek pertanian di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah berlangsung dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Program ini dikendalikan oleh Pn. Mimi dan En. Amran dari Jabatan Pertanian, yang berkongsi kepakaran mereka dengan ahli KTSN.

Latihan yang dijalankan merangkumi tiga aktiviti utama: latihan penyemaian anak benih di tapak semaian, latihan penyemaian di batas tanaman, serta latihan praktikal dalam kawalan serangga.

Kerjasama ini penting dalam memastikan projek pertanian KTSN dapat dilaksanakan dengan pengetahuan dan teknik yang betul, sekali gus menjamin kejayaan hasil tanaman.