Malam Gala Seribu Kenangan (MaGiK) 2025
ππ πππππ ππππππππ ππππππππ ππππ πππππππππ ππππππππ πππππ ππππ’π ππππ
Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia terus melakar sejarah apabila meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan penuh gilang-gemilang menerusi penganjuran Malam Gala Seribu Kenangan (MaGiK) 2025 bertempat di Dewan Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur.
MaGiK 2025 merupakan majlis makan malam yang lebih istimewa dengan membawa tema βRentetan Kisah Jubli Perak: Sejarah KTSN di Layarβ. Majlis ini berkonsepkan Formal dan Elegan dan menjadi pentas penghargaan kepada seluruh warga kolej yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan perjalanan sepanjang suku abad penubuhan KTSN.
Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan diserikan lagi dengan kehadiran seramai 420 tetamu termasuk pengurusan tertinggi UKM, barisan Pengetua Kolej Kediaman, barisan Pengetua dan Timbalan Pengetua, Mantan Pengetua dan Timbalan Pengetua, kakitangan Pentadbiran, Majlis felo dan Majlis Eksekutif Pelajar.Β
Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir dalam ucapan beliau telah menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kolej yang berjaya menganjurkan lebih 30 program flagship atau ikonik meliputi kluster kecemerlangan kesukarelawanan, kepimpinan, keusahawanan, sukan dan kebudayaan.
Sejarah dan pencapaian KTSN telah ditayangkan melalui tayangan video montaj khas yang menyingkap perjalanan kolej sejak penubuhannya pada tahun 2000. Majlis turut menyaksikan pelbagai persembahan menarik berunsurkan seni dan warisan seperti Gema 25: Melangkah ke Persada Dunia, Lagenda 25 Tahun: Menjulang Warisan, Zapin Lagenda: Hikayat 25 Tahun KTSN.
Antara anugerah utama yang disampaikan termasuklah Anugerah Wira Kesukarelawanan, Anugerah Jutawan Muda, Anugerah Jaguh Arena, Anugerah Srikandi Arena, Anugerah Pewaris Bangsa, Anugerah Program Gemilang, Anugerah Pelajar Harapan serta Anugerah Ikon KTSN yang menjadi kemuncak penganugerahan pada malam tersebut.
Majlis berakhir dengan persembahan band bertajuk Nada Dua Wajah: Melodi Sebuah Legasi KTSN sebagai persembahan penutup dan iringan perarakan keluar tetamu kehormat yang menutup tirai malam penuh makna itu.