KOLEJ TUN SYED NASIR

 Universiti Kebangsaan Malaysia

MEGARIOH! 2024

MegaRioh! 2024 telah berlangsung dengan meriahnya di Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 23 November 2024.
Acara dimulakan dengan Megarobik yang penuh semangat dengan gerakan bertenaga diiringi muzik rancak yang membakar semangat para peserta Klasik Fit Run. Acara diteruskan lagi dengan Klasik Fit Run dimana peserta berlari sejauh 3km mengelilingi Taman Tasik Titiwangsa. Tahniah kepada pemenang kategori lelaki dan perempuan yang berjaya memenangi Ikon Busana Klasik!
MegaRioh! juga dimeriahkan dengan Pertandingan Catur yang berlangsung selama dua hari, dengan hari pertama khusus untuk kategori bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun serta hari kedua terbuka kepada semua.
Di kawasan vendor, suasana sangat meriah dengan pelbagai jualan menarik. Terima kasih juga kepada penaja bersama kami iaitu Jantzen, Zus Coffee, dan Artline yang menjadikan MegaRioh! 2024 lebih berwarna dengan sokongan mereka.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini yang terdiri daripada ahli organisasi, sukarelawan pelajar Tahun 1, para peserta dan semua yang hadir memeriahkan suasana.
Terima kasih atas sokongan anda dan kita jumpa lagi di program yang akan datang!