PROGRAM LIFE: PEMANTAPAN KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS & KECEMASAN SESI 2025/2026
Pada 20 dan 21 Disember 2025, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Detachment 88W, Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah berjaya menganjurkan Program LIFE: Pemantapan Kemahiran Pertolongan Cemas & Kecemasan Sesi 2025/2026 bertempat di Microsoft Teams dan Dewan Tun Syed Nasir.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pembangunan mahasiswa yang menekankan aspek kesiapsiagaan, tindak balas kecemasan serta pembentukan nilai kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej.
Program dua hari ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan asas kepada mahasiswa/i KTSN berkaitan kemahiran pertolongan cemas dan pengurusan kecemasan melalui gabungan sesi ceramah interaktif, kuiz kefahaman serta aktiviti praktikal secara bersemuka.
Bertemakan “Ready. Response. Rise.”, program ini memberi penekanan kepada keupayaan individu untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan, bertindak dengan pantas dan tepat, serta bangkit dengan yakin dalam membantu diri sendiri dan orang lain.
Pelaksanaan aktiviti berbentuk stesen dan kerja berpasukan bukan sahaja meningkatkan kefahaman praktikal peserta, malah berjaya memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif.
Program LIFE ini juga selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.
Selain itu, Program LIFE turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui pendedahan kepada keselamatan dan penjagaan kesihatan, serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan latihan kemahiran praktikal