Pejabat Penasihat Undang-Undang

 Pejabat Penasihat Undang-Undang, UKM

LATAR BELAKANG

Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) pada asalnya beroperasi di bawah Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar yang dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Perundangan. Pada Tahun 2010, Unit ini telah diasingkan daripada pentadbiran Bahagian Sumber Manusia dan beroperasi terus dibawah Jabatan Pendaftar serta dinamakan semula sebagai Bahagian Perundangan.

Unit ini telah dikukuhkan lagi serta diluaskan skop pentadbirannya kepada bahagian Integriti. Ianya ditubuhkan dan mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2014 yang dikenali sebagai Pejabat Penasihat Undang-Undang & Integriti. Ianya bertujuan untuk menyokong dan memantapkan tadbir urus Universiti bersesuaian dengan enam (6) Bidang Keberhasilan Utama strategik UKM (Key Result Areas – KRA).

Pada 10 April 2018, Pejabat ini telah diasingkan daripada bahagian Integriti dan menjadi Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berasingan daripada Jabatan Pendaftar dinamakan sebagai Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU). PPUU telah diamanahkan untuk menguruskan pentadbirannya sendiri sebagai salah satu PTj di bawah Canselori selaras dengan lima (5) Nilai T.E.R.A.S UKM yang beroperasi sehingga kini.

Fungsi PPUU adalah sebagai satu pusat yang mengkoordinasi semua perkhidmatan undang-undang di Universiti antaranya memberi khidmat penasihatan undang-undang, pengurusan tatatertib, pengurusan litigasi dan penyediaan serta semakan dokumen perundangan.

Translate »