Jabatan Pediatrik Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Kelab Talasemia PPUKM (MY THAL CLUB)

Logo My Thal Club

Kelab Talasemia PPUKM telah didaftarkan secara rasmi pada 25 Ogos 2009.

Objektif : 

1) Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan di kalangan pesakit, pengamal perubatan dan masyarakat umum

2) Meningkatkan kerjasama dan persefahaman di antara pesakit, keluarga pesakit dan pengamal perubatan.

3) Sebagai penghubung antara pesakit, keluarga pesakit, para pengamal perubatan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan badan berkanun.  

4) Menjalankan aktiviti di dalam bidang sosial, sukan, kerohanian dan aktiviti lain yang bermanfaat kepada ahli.

5) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif di kalangan ahli-ahli.

6) Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan dan kemahiran kendiri.

7) Berkerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan pelbagai program.

Hubungi kami :-

KELAB TALASEMIA PUSAT PERUBATAN UKM (MY THAL CLUB)

(PPM-013-14-25082009)

Unit Rawatan Harian Pediatrik

Tingkat 4, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Pusat Perubatan UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak

56000 Cheras, Kuala Lumpur

Tel: +603 – 9145 7404/ 7405

Fax: +603-91456637

Email: mythalclub.ppukm@gmail.com