Jabatan Pediatrik Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

VISI MISI & DASAR KUALITI

VISI
Jabatan Pediatrik bertekad untuk tampil sebagai pusat kecemerlangan yang dihormati dalam perkhidmatan klinikal serta unggul dalam pendidikan akademik dan penyelidikan perubatan.

MISI
Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti, cekap, tepat dan selamat kepada pesakit berteraskan pakar pediatrik yang berpengalaman dan kakitangan yang berkemahiran di samping menggunakan kemudahan perubatan teknologi terkini.

OBJEKTIF

1. Memberi rawatan kinikal kepada semua pesakit kanak-kanak yang mengunjungi Pusat Perubatan UKM dari umur bayi baru lahir hingga 18 tahun. Perkhidmatan ini merangkumi rawatan pesakit luar dan dalam.

2. Memberi perkhidmatan pengajaran kurikulum integrasi pelajar prasiswazah perubatan (dari tahun 1-5).

3. Mengendalikan program kepakaran klinikal pascasiswazah (pediatrik) di samping menjadi pusat latihan untuk pelbagai sub-bidang pediatrik yang diiktiraf berdasarkan National Specialist Register.