Jabatan Pediatrik Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik diketuai oleh Seorang Ketua Jabatan, dan secara amnya mempunyai 15 Orang Pakar Perunding/ Pensyarah dan 2 Orang Pegawai Perubatan Perkhidmatan Klinikal.  Jabatan juga dibantu oleh Staf Sokongan Klinikal untuk memastikan Pengajaran, Perkhidmatan Klinikal dan Penyelidikan berjalan dengan lancar.

Terdapat sebanyak 9 sub Kepakaran Perkhidmatan Klinikal dan dua (2) Pusat Kecemerlangan iaitu Pusat Talasemia dan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak yang telah diiktiraf di Jabatan ini.  Sub Kepakaran tersebut adalah Unit Endokrinologi, Unit Hematologi/ Onkologi, Unit Genetik Klinikal, Unit Kardiologi, Unit Neurologi, Unit Respiratori, Unit Imunologi, Unit Rawatan Intensif Pediatrik dan Unit Rawatan Intensif Neonatal.

Jabatan Pediatrik juga menempatkan Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang memberikan perkhidmatan pengajaran berterusan kepada kanak-kanak yang menerima rawatan di wad-wad Pediatrik agar tidak tercicir dalam proses pembelajaran.  Selain daripada aktiviti tahunan oleh Young Diabetic Support Group dan My Thal Club, aktiviti yang melibatkan pihak komuniti am turut diberi perhatian selaras dengan aktiviti pembangunan projek Hospital Pakar Kanak-Kanak