Jabatan Pediatrik Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Ijazah Doktor Perubatan (Tahun 4)

IJAZAH DOKTOR PERUBATAN TAHUN 4 ( FF 4127 )

 

    1. Pelajar perubatan tahun 4 akan menjalani posting mereka di jabatan selama 9 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka juga perlu pergi ke HKL dan HRC.

 

    • Tarikh posting bagi sesi 2022/2023:

Semester 1

19 Sept 2022 – 20 Nov 2022

28 Nov 2022 – 05 Feb 2023

Semester 2

27 Feb 2023 – 07 Mei 2023

08 Mei 2023 – 09 July 2023

Posting Ulangan

07 Ogos 2023 – 03 Sep 2023

Aktiviti pembelajaran pelajar ketika posting di jabatan:

– Briefing dari Ketua Modul dan menonton video pemeriksaan pesakit

– Skills Lab pada hari pertama setiap posting

– Sesi pembelajaran (HKL, HRC, Seminar)

– Peperiksaan hujung posting

– Peperiksaan akhir semester

Skills Lab

Skills lab akan dijalankan pada hari pertama setiap posting. Terdapat 4 posting pelajar bagi setiap sesi, jadi terdapat 4 sesi skills lab yang perlu dibuat.

Peperiksaan hujung posting & posting ulangan

Di setiap hujung posting, pelajar perlu menjalani peperiksaan ini

Diadakan di Wad Pediatrik Medikal selama 2 hari (Khamis-Jumaat) bermula jam 8 pagi. 

Terdapat 5 – 6 stesen peperiksaan. PPSP diperlukan untuk setiap stesen ini bagi melancarkan perjalanan peperiksaan

Peperiksaan Akhir Semester I, II & Ulangan

Diadakan pada setiap akhir semester

Terbahagi kepada 2 iaitu teori dan klinikal

Teori – dijalankan hanya sehari dan PPSP diperlukan sebagai pembantu pengawas (1 PPSP diperlukan untuk setiap dewan peperiksaan)

Klinikal – dijalankan hanya sehari dan semua PPSP jabatan diperlukan sebagai pembantu pegawas (peperiksaan diadakan di tingkat 10)

Tarikh peperiksaan sem 1- 13 – 26 Feb 2023 , sem 2 – 17 – 30 Julai 2023 &

tarikh peperiksaan ulangan – 04 September 2023 – 17 Sept 2023