Skip to main content

Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM BAKE-A-MATH (SIRI 2)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Program Bake-A-Math (Siri 2) telah berjaya dilaksanakan di salah satu Pusat Komuniti PERMATA Remaja iaitu PPR Sri Pantai. Seramai 12 orang peserta PERMATA Remaja daripada kelas kek pastri telah menyertai kesinambungan inisiatif pembelajaran luar bilik darjah ini yang menggabungkan kemahiran kulinari dengan literasi kewangan secara interaktif. Jika siri lalu memfokuskan kepada teknik sukatan, siri kali ini tampil dengan kelainan menerusi “Misi Usahawan Pastri” yang menekankan penyelesaian operasi matematik asas dalam mengira kos bahan mentah, menetapkan harga jualan seunit, serta menganalisis untung rugi. Melalui kaedah simulasi pengurusan modal menggunakan 'wang simulasi', konsep matematik perniagaan dapat difahami dengan lebih santai, sekali gus mengatasi cabaran literasi kewangan dalam kalangan peserta.

Hasil daripada program ini, para peserta kini mampu mengaplikasikan kemahiran mengira margin keuntungan yang tepat serta bijak merancang strategi jualan yang ideal. Lebih menarik, keberkesanan program ini terserlah apabila peserta yang memegang peranan spesifik seperti Bos, Tukang Kira, dan Runner berjaya membentangkan pelan perniagaan masing-masing dengan penuh yakin menerusi sesi pembentangan seperti Shark Tank. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamatnya dalam menyalurkan kemahiran kritikal bidang keusahawanan pastri kepada remaja PPR. Komitmen tinggi yang ditunjukkan menjadi indikator positif terhadap keberkesanan model pendidikan praktikal dalam memperkasakan kemahiran kelangsungan hidup masyarakat masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *