Penerbitan & Dokumen Rasmi PERSADA

“Transformasi Intelektual, Pencapaian Sejagat”

PERSADA 2026 merupakan wadah ilmiah berprestij yang menghimpunkan para sarjana muda, penyelidik muda, dan mahasiswa dari seluruh negara untuk membentangkan hasil penyelidikan asli, berkongsi idea kritis, serta memangkin inovasi dalam pelbagai disiplin ilmu Sains Sosial dan Kemanusiaan.

⏳ Detik Berundur Menuju PERSADA 2026!

Persidangan akan bermula secara rasmi secara fizikal pada:

🗓️ Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)

Masa: 8:00 Pagi

📍 Tempat: FSSK, UKM (Pendaftaran berhadapan Dewan Perdana)

🚨 Peringatan Penting & Tindakan Peserta

📤 1. Penghantaran Slaid Pembentangan

Semua pembentang wajib menghantar softcopy slaid pembentangan anda ke e-mel rasmi urus setia pada atau sebelum 6 Jun 2026. Pastikan had maksimum 10 slaid dipatuhi.

📑 2. Semak Buku Peraturan

Sila baca garis panduan penuh mengenai etika pakaian formal, struktur masa pembentangan, dan kod disiplin pembentang di halaman Penerbitan Rasmi.

📘 3. Semak Buku Program & Kompilasi Abstrak Lengkap

Halaman ini menyediakan Buku Program rasmi bagi Persidangan Kebangsaan Sarjana Muda (PERSADA 2026). Dokumen ini digubal khas sebagai panduan utama anda sepanjang persidangan berlangsung.

Sila muat turun dokumen ini untuk menyemak:

  • Tentatif Ringkas Persidangan: Atur cara masa bagi majlis perasmian, sesi selari, dan majlis penutupan.
  • Kompilasi Abstrak Panjang: Himpunan teks abstrak penuh bagi setiap kertas kerja sebagai rujukan ringkas sinopsis kajian sebelum sesi pembentangan bermula.