Tema PERSADA 2026

Tema ini dipilih bagi menekankan kepentingan transformasi intelektual dalam kalangan mahasiswa/i sebagai pemangkin kepada pencapaian yang bersifat sejagat. Penekanan ini menggalakkan penghasilan idea, inovasi serta pemikiran kreatif yang mampu berkembang secara menyeluruh selaras dengan perkembangan pesat dunia masa kini, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan fakulti, universiti dan masyarakat.

Tema ini turut melambangkan komitmen murni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap pengembangan ilmu yang bernilai tinggi, dinamik dan sentiasa relevan dengan arus modenisasi global. Usaha merealisasikan gagasan yang merentasi sempadan negara dan benua ini juga selari dengan visi UKM untuk melahirkan generasi berilmu, berkualiti dan berdaya saing sebagai legasi masa hadapan negara serta masyarakat dunia.

Sehubungan itu, PERSADA 2026 turut menerima kertas kerja (abstrak) dan poster berkaitan sub-sub tema berikut;

a. Alam Sekitar dan Pembangunan

b. Sains, Teknologi dan Perubatan

c. Ekonomi dan Perniagaan

d. Antropologi, Sosiologi, Psikologi, Kerja Sosial, Kriminologi dan Kesejahteraan Insan

e. Media dan Komunikasi

f. Tamadun, Sejarah, Politik, Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa

g. Sastera, Seni, Budaya dan Agama

h. Pendidikan, Bahasa dan Linguistik