TRANSFORMASI LALUAN PEJALAN KAKI UZUR KEPADA LALUAN BAHARU YANG LEBIH SELESA

Pusat Perumahan Pelajar telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih laluan pejalan kaki berbumbung di laluan KDO – KTHO, Kolej Dato’ Onn bagi menggantikan laluan lama yang uzur kepada laluan baharu yang lebih selamat, selesa dan kondusif untuk kegunaan penghuni kolej. Kerja-kerja projek ini telah bermula pada 1 Disember 2025 dan siap sepenuhnya pada 27 Februari 2026. […]