Ditubuhkan pada tahun 1978 dan dikenali sebagai Bahagian Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar dan kini dikenali sebagai Pusat Perumahan Pelajar UKM. Selaras dengan hala tuju UKM, PPP merupakan penyelaras pengurusan penginapan dan kemudahan fasiliti kepada 12 kolej kediaman UKM yang boleh menampung kapasiti seramai 13,000 pelajar daripada keseluruhan 30,000 pelajar UKM termasuk pelajar diluar kampus. Oleh yang demikian, perancangan pelan strategik PPP UKM dirangka dengan terperinci bagi memastikan matlamat penyediaan penginapan yang kondusif dapat direalisasikan sekaligus meningkatkan jumlah kapasiti pelajar yang tinggal di kolej kediaman.