Pusat Latihan PPP-UKM yang diselia oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP-UKM) terletak di tiga lokasi utama iaitu Beranang, Teluk Intan, dan Tanjong Karang.
Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik penginapan, dewan serbaguna, bilik seminar dan surau bagi memastikan keselesaan peserta sepanjang tempoh program. Selain berfungsi sebagai lokasi penganjuran kursus dan bengkel anjuran dalaman UKM, pusat latihan ini turut dibuka kepada agensi luar yang ingin mengadakan latihan, seminar atau program pembangunan sumber manusia, dengan menyediakan kemudahan ruang yang berkualiti dan kondusif.
Khususnya di Tanjong Karang, lokasi pusat latihan ini turut berdekatan dengan beberapa tarikan menarik seperti Sawah Padi Tanjung Karang, Pantai Redang, Jeti Nelayan Tanjung Karang, Fireflies Park Kampung Kuantan, Bukit Malawati, dan Pantai Cermin, yang menjadikan pengalaman peserta lebih bermakna dengan gabungan suasana pembelajaran yang kondusif serta peluang menikmati keindahan dan keunikan setempat.