Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Tatacara Penggunaan WordPress bagi kakitangan Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman pada 15 Julai 2025 bertempat di Makmal Latihan Komputer, Siber@PTSL UKM.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Yahaya dan sesi taklimat Tatacara Penggunaan WordPress telah disampaikan oleh Encik Mohd Jamaludin Abdul Rajalu, Pereka daripada Pusat Teknologi Maklumat UKM.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran praktikal kepada ketua pentadbiran kolej kediaman berkenaan kaedah pengemaskinian maklumat serta reka bentuk laman sesawang kolej menggunakan platform WordPress.
Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
#pppukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#PusatPerumahanPelajar




















