Pusat Perumahan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbesar hati menerima kunjungan pelajar Program Pengurusan Harta Tanah, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Shah Alam pada 17 Disember 2025.
Kehadiran para pelajar telah disambut oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, bersama barisan pengurusan PPP. Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan kajian lapangan yang memerlukan pelajar menganalisis serta mencadangkan penyelesaian strategik berkaitan isu-isu pengurusan kolej kediaman pelajar sebagai sebahagian daripada keperluan akademik.
Pusat Perumahan Pelajar berharap perkongsian dan pendedahan yang diberikan dapat memberi nilai tambah kepada kajian lapangan pelajar Program Pengurusan Harta Tanah, UiTM Kampus Shah Alam.
#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia




