Pusat Perumahan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan Exco Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) pada 17 Disember 2025.
Kehadiran pelajar telah disambut oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, bersama barisan pengurusan PPP. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penginapan, fasiliti dan infrastruktur di kolej kediaman.
Perbincangan turut merangkumi aduan serta cadangan penambahbaikan yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dalam usaha menyediakan fasiliti dan infrastruktur yang kondusif, selesa dan selamat untuk kegunaan para pelajar. Perjumpaan ini juga melibatkan wakil daripada Kolej Kediaman Ke-13.
Pusat Perumahan Pelajar berharap perbincangan dan perkongsian yang diadakan dapat memperkukuhkan kerjasama antara pihak pengurusan dan mahasiswa ke arah penambahbaikan berterusan kemudahan perumahan pelajar di UKM.
#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia





