Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, telah menghadiri Lawatan Penanda Aras ke One Stop Center dan Hal Ehwal Pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Februari 2026, diikuti dengan Bengkel Penanda Aras: Jaringan Kolaborasi antara HEP-UKM dan Aurora UPSI berkaitan Model Hutan Pendidikan Alam (HPA) UKM pada 9 Februari 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Acara ini menjadi platform untuk perkongsian amalan terbaik, penambahbaikan perkhidmatan pelajar, dan pengukuhan kolaborasi strategik. Di UPSI, Pengarah turut berkongsi pengalaman dan idea kepada staf PPP, memberi inspirasi agar setiap unit dapat mengenal pasti penambahbaikan bagi mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatan di bawah Pusat Perumahan Pelajar.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan memperkayakan pengalaman pelajar UKM. Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UUM dan UPSI atas layanan mesra dan kerjasama sepanjang lawatan dan bengkel ini.
#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#universitikebangsaanmalaysia





