PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

PERBINCANGAN PERANCANGAN PROJEK BAHARU DI BAWAH PERUNTUKAN RANCANGAN MALAYSIA KE-13 (2026–2030) PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN KOLEJ KEDIAMAN UKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pada 15 April 2026, Pusat Perumahan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Perbincangan Perancangan Projek Baharu di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi tempoh 2026–2030. Program yang melibatkan sinergi antara Pusat Perumahan Pelajar dan barisan kepimpinan Kolej Kediaman UKM ini telah dilaksanakan bertempat di Bilik Latihan 1, Aras 6, Kolej Keris Mas. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Firdaus bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM.

Pelaksanaan perbincangan ini merangkumi dua slot utama yang memfokuskan kepada taklimat teknikal mengenai tatacara pengisian permohonan peruntukan RMK-13, diikuti dengan sesi pembentangan cadangan projek-projek baharu. Cadangan tersebut secara khususnya memberikan tumpuan kepada usaha menaik taraf serta memulihkan prasarana di kolej kediaman sedia ada bagi memastikan kelangsungan fasiliti yang mampan.

Penganjuran perbincangan ini bertindak sebagai platform strategik dalam merangka pembangunan fizikal yang lebih kondusif dan berkualiti tinggi. Langkah proaktif ini adalah selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasakan aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar secara holistik menerusi penyediaan persekitaran penginapan yang lebih cemerlang dan selamat.

#PusatPerumahanPelajar
#pppukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia

BULETIN PPP