PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

ASET KITA, AMANAH KITA: MEMUPUK TANGGUNGJAWAB DAN KECEKAPAN DALAM PENGURUSAN ASET

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

📢 ASET KITA, AMANAH KITA
Memupuk Tanggungjawab dan Kecekapan dalam Pengurusan Aset

Pusat Perumahan Pelajar telah berjaya menganjurkan program ASET KITA, AMANAH KITA: Memupuk Tanggungjawab dan Kecekapan dalam Pengurusan Aset pada 23 April 2026 bertempat di Dewan Kuliah 2, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Muiz selaku Timbalan Pengarah Pusat Perumahan Pelajar.

Kursus ini merangkumi dua slot utama iaitu:
✅ Taklimat Pengurusan Aset yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam Arsad
✅ Taklimat Pengurusan Stor yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zulhilmi Ismail

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan kepentingan pengurusan aset dan stor yang lebih teratur, telus dan efisien dalam memastikan setiap aset organisasi diurus dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Diharapkan ilmu serta perkongsian yang diperoleh dapat memperkukuhkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus berkualiti dalam kalangan warga kerja. ✨

#PusatPerumahanPelajar
#pppukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia

BULETIN PPP