7 Julai 2026 – Pusat Perumahan Pelajar (PPP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Kolej Kediaman yang dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Sesi ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini serta membentangkan status semasa Projek Naik Taraf RP3 Kolej Kediaman, yang dilaksanakan secara menyeluruh bagi meningkatkan kualiti kemudahan penginapan dan keselesaan pelajar.
Sesi libat urus ini turut menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan daripada warga kolej kediaman bagi memastikan pelaksanaan projek memenuhi keperluan serta harapan pelajar. Pusat Perumahan Pelajar komited untuk terus menyediakan persekitaran penginapan yang kondusif, selamat dan berkualiti demi kesejahteraan seluruh warga kolej kediaman.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Aizam Abu Bakar, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Ts. Dr. Darman Nordin, selaku Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman, Saudara Muhammad Haikal Bin Hamidi, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM), barisan pengetua kolej-kolej kediaman, pegawai kanan universiti, barisan majlis eksekutif pelajar (MEP), serta wakil persatuan pelajar.
#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#universitikebangsaanmalaysia














