PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

SESI LAWATAN TAPAK PROJEK RP3 (FASA 1)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

6 Julai 2026 – Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Sesi Lawatan Tapak Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Blok Bangunan RP3 (Fasa 1) di UKM Kampus Bangi.

Sesi ini dipimpin oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Perumahan Pelajar, Pengetua dan Ketua Pentadbiran Kolej Kediaman bersama wakil pelajar daripada kolej-kolej kediaman yang terlibat.

Delegasi telah mengadakan tinjauan ke Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato’ Onn, Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Pendeta Za’ba bagi meneliti kemajuan pelaksanaan Projek RP3 (Fasa 1), termasuk kerja-kerja baik pulih serta persediaan menaik taraf kemudahan kediaman pelajar.

Sesi ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan, di samping berkongsi perkembangan semasa projek dengan wakil pelajar. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UKM dalam menyediakan kemudahan kediaman yang lebih moden, selesa, selamat dan kondusif bagi meningkatkan kesejahteraan serta pengalaman kehidupan kampus pelajar.

Turut hadir ialah Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar; Encik Abdul Muiz Sheafi, Timbalan Pengarah Pusat Perumahan Pelajar; Encik Arif Abd. Hamid, Jurutera Elektrik, Pusat Perumahan Pelajar; barisan Ketua Pentadbiran kolej-kolej kediaman, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) serta wakil persatuan pelajar.

#PPPUKM
#PusatPerumahanPelajarUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia

BULETIN PPP