PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

KURSUS KHIDMAT PELANGGAN DAN PENGENDALIAN ADUAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

21 Julai 2026 – Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Kursus Khidmat Pelanggan dan Pengendalian Aduan yang melibatkan penyertaan kakitangan Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman bertempat di Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika.

Kursus ini dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti serta menguruskan aduan pelanggan secara profesional. Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada prinsip asas khidmat pelanggan, etika komunikasi, teknik mendengar secara aktif, strategi menangani pelanggan dalam pelbagai situasi, serta kaedah mengurus aduan secara sistematik dan berkesan.

Kursus telah disampaikan oleh Dr. Ammar Redza Ahmad Rizal, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Sepanjang sesi, peserta mengikuti perkongsian yang memfokuskan kepada komunikasi profesional bersama pelanggan, pengurusan situasi sukar, emosi dan etika dalam penyampaian perkhidmatan, di samping pendedahan kepada tatacara penggunaan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam membina soalan lazim (FAQ) yang lebih sistematik, tepat dan mesra pengguna.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada strategi pengendalian aduan yang berkesan, termasuk kaedah mengenal pasti punca permasalahan, memberikan respons yang tepat dan profesional, serta melaksanakan tindakan susulan yang bersesuaian bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dan memperkukuh keyakinan terhadap penyampaian perkhidmatan.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan Pusat Perumahan Pelajar dalam memperkasa kompetensi dan menggilap kemahiran warga kerjanya agar sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berorientasikan pelanggan.

#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#kursuspengurusankhidmatpelanggan

BULETIN PPP