PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

BENGKEL & MESYUARAT MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAPUM)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

23 Julai 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi tuan rumah kepada Bengkel dan Mesyuarat Majlis Perumahan Universiti Awam Malaysia (MAPUM) yang berlangsung di Bilik Seminar 3, Bangunan Akademia Siber Teknopolis (AST), UKM.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM), merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Perumahan Universiti Awam Malaysia (MAPUM).

Program ini menghimpunkan wakil-wakil universiti awam dari seluruh negara sebagai platform strategik untuk membincangkan isu, cabaran dan hala tuju pengurusan perumahan pelajar. Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus kolej kediaman, meningkatkan kualiti kemudahan dan penyampaian perkhidmatan, serta memastikan pengurusan penginapan mahasiswa terus memenuhi keperluan semasa dan menyokong kesejahteraan pelajar.

Sebagai badan penyelaras pengurusan perumahan universiti awam, MAPUM berperanan menyelaras dasar, memperkukuh standard pengurusan serta menggalakkan perkongsian amalan terbaik dan kerjasama strategik antara institusi. Peranan ini penting dalam memastikan kolej kediaman bukan sahaja menyediakan kemudahan penginapan yang berkualiti, malah menjadi persekitaran yang kondusif bagi pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kesejahteraan mahasiswa.

Sempena program ini, delegasi MAPENA turut mengadakan lawatan penanda aras ke Bangunan PUSANIKA, Pusat Perumahan Pelajar (PPP) UKM dan Dapur Siswa MADANI bagi meninjau kemudahan yang disediakan serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan perumahan pelajar.

Penganjuran bengkel dan mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan universiti awam dalam memperkukuh tadbir urus perumahan pelajar melalui budaya kolaborasi, inovasi dan perkongsian kepakaran. Usaha ini diharap dapat terus memperkasakan pengurusan kolej kediaman, mempertingkat pengalaman kehidupan kampus serta menyokong agenda kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

#pppukm
#PusatPerumahanPelajarUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia

BULETIN PPP