Pusat Perumahan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPP-UKM) telah menganjurkan Bengkel Pengenalan dan Pengujian Sistem e-Tamu pada 22 Oktober 2025, bertempat di Bilik Latihan 2, Aras 6, Kolej Keris Mas.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Yahaya, dan diteruskan dengan sesi Pengenalan Sistem e-Tamu serta Pengujian Sistem e-Tamu yang disampaikan oleh Cik Nurul Idaizylin Noordin.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan awal berkenaan penggunaan Sistem e-Tamu serta menjalankan ujian kefungsian sistem bagi keperluan operasi Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman pada masa akan datang.
Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
#pppukm
#universitikebangsaanmalaysia
#pusatperumahanpelajar














