Pusat Perumahan Pelajar telah mengadakan Bengkel Perancangan Gerak Kerja bagi kerja-kerja menaik taraf Kolej Idris Al-Marbawi dan Pangsapuri Seksyen 3 Blok 6, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 19 Jun 2025 bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Tujuan bengkel ini adalah untuk membincangkan skop kerja menaiktaraf, penjadualan pelaksanaan, serta penyelarasan antara jabatan-jabatan yang terlibat. Bengkel ini turut menjadi platform penting untuk mendapatkan input daripada pelbagai pihak bagi membentuk pelan tindakan yang menyeluruh dan bersepadu.
Bengkel ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Turut hadir ialah Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar; Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed, Timbalan Pengarah Eksekutif JANA@UKM serta wakil-wakil daripada Jabatan ROSH-UKM, Pusat Pengurusan Penjanaan, Jabatan Pembangunan Prasarana, Zon Kewangan 3 Jabatan Bendahari dan Pusat Perumahan Pelajar.
Bengkel telah berlangsung dengan jayanya, Pusat Perumahan Pelajar merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
#pppukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#WeDoAwesome























