Pada 5 Mac 2026, Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Perancangan Gerak Kerja bagi Projek Menaiktaraf Bangunan Asrama kepada Blok Penginapan Eksekutif Pelajar Antarabangsa bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Bengkel strategik ini memberikan fokus utama kepada perancangan teliti bagi menaiktaraf Blok D, Kolej Tun Dr Ismail 2 (KTDI 2) agar memenuhi standard penginapan eksekutif menerusi penyelarasan skop kerja, keperluan teknikal, pengurusan bajet, serta penetapan garis masa pelaksanaan yang sistematik.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pn. Nadia Mohd Ali (Ketua Bahagian Bajet Bendahari UKM) dan Prof. Dr. Mohd Razif Mohamad Yunus (Pengetua KTDI), bersama barisan teknikal iaitu Encik Mohd Zairuddin Ismail (Ketua Unit Awam HCTM) serta En. Mohd Fahdzly Mohd Noor (Penolong Jurutera Kanan Unit Mekanikal HCTM). Turut hadir memperkukuh perbincangan adalah wakil-wakil daripada Pengarah dan Bahagian Penyelenggaraan dan Prasarana Pusat Perumahan Pelajar serta pihak-pihak berkepentingan yang lain.
#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#Universitikebangsaanmalaysia




