13 Julai 2026 – Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan dan Publisiti SPKPPP telah menganjurkan Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Kebersihan Premis Makanan Kolej Kediaman UKM.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap tatacara pelaksanaan pemeriksaan kebersihan premis makanan di kolej kediaman, di samping menyeragamkan kaedah pemeriksaan, penilaian, penyediaan laporan, tindakan susulan serta pematuhan kepada perundangan dan amalan terbaik. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PPP dalam memastikan pelaksanaan pemeriksaan dijalankan secara konsisten, sistematik dan berintegriti, sekali gus menjamin aspek keselamatan dan kebersihan makanan di kolej-kolej kediaman UKM.
Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohamad Fitri Che Omar, Unit Kesihatan Awam, Pusat Kesihatan Universiti, atas kesudian menyampaikan perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat sepanjang bengkel ini.
Semoga ilmu dan input yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh pengurusan keselamatan makanan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di premis makanan kolej kediaman UKM.
#pppukm
#pusatperumahapelajar
#universitikebangsaanmalaysia









