PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

LAWATAN KERJA DARIPADA PENGURUSAN TERTINGGI FAKULTI PERUBATAN UKM KE ASRAMA PENGINAPAN PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DI TELUK INTAN DAN RUMAH SEWA SLIM RIVER

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pada 15 April 2026, satu kunjungan hormat oleh Pengurusan Tertinggi Fakulti Perubatan UKM telah diadakan ke Asrama Penginapan Teluk Intan dan Rumah Sewa Slim River. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan UKM, bersama delegasi Fakulti Perubatan UKM, dan telah disambut mesra oleh Encik Danny Hamidon Omar, Ketua Pentadbiran Pusat Perumahan Pelajar, UKM bersama barisan pengurusan PPP.

Kunjungan ini bertujuan meninjau kemudahan penginapan serta mendapatkan gambaran secara langsung mengenai persekitaran dan kebajikan pelajar di kedua-dua lokasi. Lawatan ini turut menjadi platform perbincangan bagi meneliti cadangan penambahbaikan ke arah meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar. Secara keseluruhannya, pihak delegasi berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Lawatan ini juga melibatkan tinjauan ke rumah sewa khas di Slim River yang disediakan oleh Pusat Perumahan Pelajar bagi menempatkan pelajar yang menjalani latihan di Hospital Slim River.

Pihak Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan serta perhatian yang diberikan dalam usaha memperkukuh kebajikan dan kemudahan penginapan pelajar.

#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia

BULETIN PPP