Pusat Perumahan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penuh penghormatan telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 17 Januari 2024.
Delegasi ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin bersama-sama Puan Stella @ Nurul Martini Gontol, Pengarah Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), Dr. Azmi @ Amie Abd Majin, Timbalan Pengarah Pusat Pelaburan Endowmen dan Wakaf, Encik Mat Sah Ajuh, Timbalan Ketua Akauntan Kanan, Encik Sahilin Marusin, Ketua Pentadbiran Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar, Encik Ebenezer Saimin, Penolong Jurutera Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar dan Encik Arieon Maison, Pembantu Tadbir Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar.
Ketibaan delegasi dari UMS telah disambut mesra oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar bersama-sama dengan barisan pengurusan Pusat Perumahan Pelajar. Pihak UMS telah dibawa melawat ke Kolej Keris Mas dan Kolej Ibu Zain UKM.
Pihak Pusat Perumahan Pelajar berbesar hati atas keberhasilan program ini dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Puan Stella @ Nurul Martini Gontol, Pengarah PNRF dan semua pihak UMS yang terlibat atas kesudian mengunjungi UKM.
#pppukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#UniversitiWatanKita
#WeDoAwesome
#LawatanPenandaArasUMS











