🗓️ 16 Julai 2026, Khamis
Pusat Perumahan Pelajar (PPP) UKM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Perumahan Pelajar UTHM demi memperkukuh kerjasama strategik dan berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan kediaman mahasiswa. Delegasi PPP UKM yang diketuai oleh Pengarahnya, Encik Mohd Firdaus Yahaya, bersama Timbalan Pengarah, Encik Abdul Muiz Sheafi, telah diraikan menerusi program Edutourism di Perpustakaan Tunku tun aminah yang mendapat pengiktirafan UNESCO, serta sesi tinjauan ke beberapa kemudahan utama seperti Kolej Kediaman Tun Fatimah, Wisdom Inn, dan Dapur Siswa MADANI.
Sesi perkongsian ini menjadi platform yang sangat bermanfaat bagi kedua-dua institusi dalam bertukar pandangan serta idea bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi kebajikan pelajar. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak UTHM atas sambutan yang amat mesra, dan semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus mekar demi masa depan mahasiswa.
#ppp
#pusatperumahanpelajar
#universitikebangsaanmalaysia















