PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERUMAHAN PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM, bersama kakitangan Pusat Perumahan Pelajar serta Ketua Pentadbiran kolej kediaman UKM. Ketibaan Pusat Perumahan Pelajar disambut mesra oleh Encik Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Pengarah Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA, serta kakitangan dari Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau fasiliti di kolej-kolej kediaman UMPSA serta mengukuhkan kerjasama antara Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA dan Pusat Perumahan Pelajar UKM. Pusat Perumahan Pelajar turut dibawa melawat pelbagai kemudahan di universiti dan kolej kediaman UMPSA serta diberikan penerangan mengenai infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan.

Secara keseluruhannya, Lawatan Penanda Aras ini telah berlangsung dengan jayanya. Pusat Perumahan Pelajar UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#pppukm
#PusatPerumahanPelajarUKM
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#UniversitiWatanKita

BULETIN PPP