PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

LAWATAN TINJAUAN SECARA TIDAK BERJADUAL OLEH YBHG. NAIB CANSELOR UKM KE PUSAT LATIHAN & KEMUDAHAN PPP-UKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

📅 8 Februari 2026
📍 Teluk Intan, Perak
📍 Tanjong Karang, Selangor

Selepas menghadiri program di Pangkor, YBhg. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, telah mengadakan lawatan tinjauan secara tidak berjadual ke Pusat Latihan & Kemudahan Pusat Perumahan Pelajar (PPP-UKM) di Teluk Intan dan Tanjong Karang pada Ahad, 8 Februari 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan sedia ada serta melihat secara langsung pengoperasian dan perkhidmatan yang disediakan oleh PPP-UKM dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas lawatan ini yang bukan sahaja memperkukuh hubungan kepimpinan, malah menjadi pemangkin inspirasi ke arah peningkatan kecemerlangan serta kualiti perkhidmatan kepada para pelajar.

#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#universitikebangsaanmalaysia

BULETIN PPP