PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

MAJLIS PENYERAHAN KAD HIJAU CIDB SIRI 2

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Majlis Penyerahan Kad Hijau bagi Kursus Induksi Keselamatan & Kesihatan (CIDB) kepada 33 orang peserta, di mana kesemua peserta telah berjaya menerima Kad Hijau CIDB selepas mengikuti kursus yang diadakan pada 19 Mac 2025.

Majlis ini telah berlangsung pada 30 Januari 2026 bertempat di Bilik Latihan 2, Aras 6, Kolej Keris Mas dan disempurnakan oleh Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar.

Kad Hijau CIDB merupakan satu pengiktirafan yang mengesahkan bahawa pemegangnya telah mengikuti latihan keselamatan, memahami risiko serta prosedur keselamatan, dan layak berada di kawasan pembinaan selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh CIDB.

Penyertaan kakitangan kolej kediaman serta Pusat Perumahan Pelajar ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini.

#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#UniversitiKebangsaanMalaysia

BULETIN PPP