PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Artboard 212

UKM MENJADI TUAN RUMAH TIGA (3) MAJLIS UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

22 Julai 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan *Majlis Makan Malam Sinergi MAPUM, MAPENA & MAKUM* di Dewan Ballroom UKMShape sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAPUM), Majlis Pengetua Universiti Awam Malaysia (MAPENA) dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAKUM).

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Haji Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, yang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para delegasi. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Pengerusi MAKUM, bersama barisan ahli MAPUM, MAPENA dan MAKUM dari seluruh universiti awam.

Penganjuran ini menjadi platform mengeratkan hubungan, memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta berkongsi amalan terbaik dalam memperkasakan pengurusan hal ehwal pelajar, kolej kediaman dan pembangunan budaya di institusi pendidikan tinggi.

Selamat datang ke UKM dan selamat menghadiri Mesyuarat serta Bengkel MAPUM | MAPENA | MAKUM 2026.

#pppukm
#pusatperumahanpelajar
#universitikebangsaanmalaysia

BULETIN PPP