
soalan lazim
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA ENDEMIK
Adakah Perpustakaan telah dibuka?
Ya. Perpustakaan mula beroperasi pada 11 Oktober 2021. Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 10.00 malam
- Sabtu & Ahad: 10.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu Minggu Pertama & Cuti Umum: (TUTUP)
Adakah pelajar / pelanggan luar boleh menggunakan perkhidmatan Perpustakaan?
Perpustakaan telah membuka perkhidmatannya kepada semua kategori pelanggan.
Adakah terdapat peraturan khusus semasa memasuki Perpustakaan dalam tempoh Fasa Endemik?
Ya, ada. Pelanggan Perpustakaan perlu mematuhi Garis Panduan yang ditetapkan semasa masuk ke Perpustakaan :
- Hanya pelanggan yang berisiko rendah dibenarkan memasuki premis
- Wajib memakai pelitup muka
- Sanitasi tangan
Bagaimana untuk menjadi ahli Perpustakaan?
Sila rujuk Keahlian Perpustakaan
Adakah pinjaman dan pemulangan berjalan seperti biasa?
Ya. Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan beroperasi sepenuhnya sama ada melalui:
- Mesin pinjaman dan pemulangan layan diri
- Kaunter Perpustakaan
- Pinjaman Drive Thru
- Pinjaman Door-2- Door (ahli akademik sahaja)
- Pinjaman secara pos
- Pemulangan di bookdrop (24 jam)
- Pemulangan secara pos
Bagaimanakah cara untuk memohon bahan yang tiada dalam koleksi Perpustakaan UKM?
- Permohonan artikel Pay Per View bagi 8 pangkalan data berikut: ACM Digital Library, Institute of Physics, Oxford Journals, Sage Journals, ScienceDirect, SpringerLink, Taylor & Francis, Wiley Online Library. Sila klik PPV untuk membuat permohonan.
- Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan. Sila klik Pinjaman Antara Perpustakaan untuk membuat permohonan.
Bagaimanakah cara untuk melanjutkan tempoh pinjaman buku?
Pelanggan boleh melakukannya melalui Gemilang (http://gemilang.ukm.my). Pilih butang MyAccount, pilih buku berkaitan dan klik Renew untuk melanjutkan tempoh pinjaman tersebut.
Adakah saya boleh memulangkan buku di lokasi berbeza daripada lokasi asal pinjaman buku?
Boleh. Walaubagaimanapun, status pinjaman buku tidak akan bertukar secara automatik.
Adakah saya akan didenda jika lewat pulang buku?
Ya. Denda lewat pulang buku akan dikenakan bermula pada 16 April 2022.
Bagaimanakah cara untuk membayar denda lewat pulang buku?
Anda boleh melakukannya melalui:
· Terminal debit/kredit di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan
· QR DuitNow
· Pindahan wang ke akaun CIMB: 98945110301000 (Universiti Kebangsaan Malaysia). Sila lengkap borang pembayaran. Klik di sini
Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan urusan buku hilang?
Buku yang hilang perlu dilaporkan kepada Perpustakaan yang berkaitan (di mana buku tersebut dipinjam).
Apakah kemudahan Perpustakaan yang telah dibuka?
Semua kemudahan Perpustakaan telah dibuka.
Apakah User ID / Library ID dan Kata Laluan Perpustakaan?
- Peminjaman bahan, GEMILANG dan Learning and Research Repository:
User/Library ID: No Matrik / No. UKMPER
Kata laluan: No. MyKad / No. Passport
- Portal ESumber@PTSL dan Repositori Institusi UKM (eRep):
User ID: No. Matrik / No. UKMPER
Kata laluan: Kata laluan SMPWeb / Portal e-warga
Bagaimana jika Lupa Kata Laluan Perpustakaan
Sila Klik ‘Lupa Kata Laluan’. Masukkan No Matrik / UKMPER untuk permohonan set semula kata laluan yang akan diemail ke email berdaftar.
Bagaimana untuk mengakses dan login ke Akaun Portal Perpustakaan PPUKM?
Portal Perpustakaan PPUKM boleh di akses di URL: http://lib.hukm.ukm.my dan perlu mendaftar dengan klik ‘Daftar Akaun’ untuk Login kepada akaun Portal Perpustakaan PPUKM dan Pentadbir Portal akan mengaktifkan akaun yang didaftarkan.
Bagaimana jika Lupa Kata Laluan Portal Perpustakaan PPUKM?
Sila Klik ‘Lupa Kata Laluan’. Masukkan alamat email yang didaftarkan untuk set semula kata laluan.
Dimanakah saya boleh mengakses/merujuk koleksi tesis?
Koleksi tesis bercetak boleh dirujuk di Koleksi Asia Tenggara, Aras 5 Perpustakaan Tun Seri Lanang. Laksanakan carian tajuk tesis di Gemilang (http://gemilang.ukm.my).
ATAU
Tesis secara dalam talian boleh dirujuk di Portal eSumber@ptsl dan Learning & Research Repository UKM (http://ptsldigital.ukm.my)
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan artikel jurnal dalam talian?
Artikel jurnal boleh diperolehi sama ada melalui:
- Carian Bestari@UKM (Discovery Service UKM)
- Portal eSumber@ptsl
- Repositori Artikel Jurnal Terbitan UKM (UJAR)
Dimanakah saya boleh memperolehi artikel/penulisan ahli akademik UKM
Semua penerbitan ahli akademik UKM boleh di akses melalui Repositori Institusi UKM (e-Rep). ID dan Password sebagaimana SMPWEB dan Portal e-warga.
Dimanakah saya boleh mendapatkan senarai jurnal berimpak tinggi (WOS/SCOPUS/ERA/MYCITE)
Senarai tersebut boleh diperolehi di laman web PTSL (https://www.ukm.my/ptsl). Pilih Sokongan Penyelidikan (Research Support) dan klik Jurnal Berindeks untuk senarai tersebut (format MS Excel).
ATAU
Layari pangkalan data JCR/WOS/SCOPUS di Portal ESumber@ptsl untuk mengetahui status jurnal berkaitan.
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan bimbingan berkaitan pencarian maklumat di Perpustakaan?
Anda boleh mendapatkan bimbingan tersebut melalui Kursus Kemahiran Maklumat yang diadakan setiap bulan secara berjadual/permohonan ataupun secara temujanji.
Adakah kursus tersebut diadakan secara percuma atau berbayar?
Ianya percuma kepada warga UKM kecuali Kursus Mendeley (RM20 per individu).
Berbayar kepada selain warga UKM (RM50 per individu)
Siapakah yang boleh menghadiri kursus ini?
Terbuka kepada semua pelanggan Perpustakaan dan individu yang berminat.
Bagaimana saya ingin menghubungi Perpustakaan jika ada pertanyaan?
Anda boleh menghubungi melalui saluran berikut dalam waktu operasi Perpustakaan:
- Talian telefon: 03-8921 3446
- Talian whatsapp: 019-204 5652
- Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my
- Livechat di www.ukm.my/ptsl