faq / soalan lazim

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 

Adakah Perpustakaan telah dibuka?

Ya. Perpustakaan mula beroperasi pada 8 Mac 2021. Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 4.30 petang
  • Jumaat: 8.30 pagi – 12.15 tengah hari
  • 12.15 tengah hari – 2.45 petang (TUTUP)
  • 2.45 petang – 4.30 petang
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: (TUTUP)

Adakah pelajar / pelanggan luar boleh menggunakan perkhidmatan Perpustakaan?

Perpustakaan masih belum membuka perkhidmatannya untuk pelajar / pelanggan luar dan bilangan pelanggan dalam satu masa masih terhad.

Adakah pelajar dibenarkan merentas negeri untuk ke Perpustakaan?

Ya boleh. Pelajar perlu mengisi maklumat dan membuat pengesahan kembali ke kampus di https://appsmu.ukm.my/2campus/

Adakah terdapat peraturan khusus semasa memasuki Perpustakaan dalam tempoh PKP?

Ya, ada. Pelanggan Perpustakaan perlu mematuhi Garis Panduan yang ditetapkan semasa masuk ke Perpustakaan :

  • Wajib memakai pelitup muka
  • Pemeriksaan suhu (suhu di bawah 37.5oC dibenarkan masuk)
  • Imbas Kod QR MySejahtera
  • Sanitasi tangan
  • Mengambil kad bernombor di kaunter masuk
  • Penjarakan fizikal (sekurang-kurangnya 1 meter)

Bagaimana untuk menjadi ahli Perpustakaan?

Sila rujuk Keahlian Perpustakaan

Adakah pinjaman dan pemulangan berjalan seperti biasa?

Ya. Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan beroperasi sepenuhnya sama ada melalui:

 Bagaimanakah cara untuk memohon bahan yang tiada dalam koleksi Perpustakaan UKM?

 Permohonan artikel Pay Per View bagi 8 pangkalan data berikut: ACM Digital Library, Institute of Physics, Oxford Journals, Sage Journals, ScienceDirect, SpringerLink, Taylor & Francis, Wiley Online Library. Sila klik Borang Permohonan Pay Per View PPV untuk membuat permohonan.

Bagaimanakah cara untuk melanjutkan tempoh pinjaman buku?

Pelanggan boleh melakukannya melalui Gemilang (http://gemilang.ukm.my). Pilih butang MyAccount, pilih buku berkaitan dan klik Renew untuk melanjutkan tempoh pinjaman tersebut.

ATAU

Dalam tempoh PKP, semua rekod pinjaman pelanggan akan dilanjutkan tarikh secara automatik mengikut tarikh PKP terkini.

Adakah saya boleh memulangkan buku di lokasi berbeza daripada lokasi asal pinjaman buku?

Boleh. Walaubagaimanapun, status pinjaman buku tidak akan bertukar secara automatik.

Adakah saya akan didenda jika lewat pulang buku?

Tidak. Tiada denda dikenakan sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac 2020.

Bagaimanakah cara untuk membayar denda lewat pulang buku?

Anda boleh melakukannya melalui:

·         Terminal debit/kredit di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan

·         Maybank QR Pay

·         Pindahan wang ke akaun CIMB: 9894511030100 (Universiti Kebangsaan Malaysia). Email bukti transaksi dan no matrik/ UKMPER kepada niksal@ukm.edu.my / farhana@ukm.edu.my

Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan urusan buku hilang?

 

Buku yang hilang perlu dilaporkan kepada Perpustakaan yang berkaitan (di mana buku tersebut dipinjam).

Adakah bilik diskusi dan bilik karel telah dibuka?

Belum. Bilik-bilik tersebut masih belum dibuka kepada semua pelanggan. Kemudahan lain yang masih ditutup seperti:

  • Surau
  • Makmal Latihan
  • Siber@PTSL
  • Meja Karel
  • Bilik Seminar
  • Bilik Latihan
  • Bilik Serbaguna
  • Zon Senyap Bestari
  • Ruang Santai
  • Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin
  • Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji

* Permohonan penggunaan kemudahan tersebut boleh dipertimbangkan tertakluk kepada justifikasi dan pematuhan SOP.

 

Apakah User ID / Library ID dan Kata Laluan Perpustakaan?

User/Library ID: No Matrik / UKMPER

Kata laluan: No MyKad / No Passport

ID dan kata laluan ini digunakan bagi pinjaman bahan, akses kepada akaun GEMILANG, Portal E-Jurnal dan Learning and Research Repository.

Bagaimana jika Lupa Kata Laluan Perpustakaan

Sila Klik ‘Lupa Kata Laluan’. Masukkan No Matrik / UKMPER untuk permohonan Reset kata laluan yang akan diemail ke email berdaftar.

 Bagaimana untuk mengakses dan login ke Akaun Portal Perpustakaan PPUKM?

Portal Perpustakaan PPUKM boleh di akses di URL: http://lib.hukm.ukm.my dan perlu mendaftar dengan klik ‘Daftar Akaun’ untuk Login kepada akaun Portal Perpustakaan PPUKM dan Pentadbir Portal akan mengaktifkan akaun yang didaftarkan.

Bagaimana jika Lupa Kata Laluan Portal Perpustakaan PPUKM?

 Sila Klik ‘Lupa Kata Laluan’. Masukkan alamat email yang didaftarkan untuk Reset kata laluan.

Dimanakah saya boleh mengakses/merujuk koleksi tesis?

Koleksi tesis bercetak boleh dirujuk di Koleksi Asia Tenggara, Aras 5 Perpustakaan Tun Seri Lanang. Laksanakan carian tajuk tesis di Gemilang (http://gemilang.ukm.my).

ATAU

Tesis secara dalam talian boleh dirujuk di Portal E Jurnal dan Learning & Research Repository UKM (http://ptsldigital.ukm.my)

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan artikel jurnal dalam talian?

Artikel jurnal boleh diperolehi sama ada melalui:

  • Carian Bestari@UKM (Discovery Service UKM)
  • Portal E Jurnal
  • Repositori Artikel Jurnal Terbitan UKM (UJAR)

 Dimanakah saya boleh memperolehi artikel/penulisan ahli akademik UKM

 Semua penerbitan ahli akademik UKM boleh di akses melalui Repositori Institusi UKM. ID dan Password sebagaimana SMPWEB

Dimanakah saya boleh mendapatkan senarai jurnal berimpak tinggi (WOS/SCOPUS/ERA/MYCITE)

 Senarai tersebut boleh diperolehi di laman web PTSL (https://www.ukm.my/ptsl). Pilih Sokongan Penyelidikan (Research Support) dan klik Jurnal Berindeks untuk senarai tersebut (format MS Excel).

ATAU

Layari pangkalan data JCR/WOS/SCOPUS di Portal E Jurnal untuk mengetahui status jurnal berkaitan.

Bagaimanakah saya ingin mendapatkan bimbingan berkaitan pencarian maklumat di Perpustakaan?

Anda boleh mendapatkan bimbingan tersebut melalui Kursus Kemahiran Maklumat yang diadakan setiap bulan secara berjadual/permohonan ataupun secara temujanji.

Adakah kursus tersebut diadakan secara percuma atau berbayar?

Ianya percuma kepada warga UKM kecuali Kursus Mendeley (RM20 per individu).

Berbayar kepada selain warga UKM (RM50 per individu)

Siapakah yang boleh menghadiri kursus ini?

Terbuka kepada semua pelanggan Perpustakaan dan individu yang berminat.

Bagaimana saya ingin menghubungi Perpustakaan jika ada pertanyaan?

Anda boleh menghubungi melalui saluran berikut:

  • Talian telefon: 03-8921 3446
  • Talian whatsapp: 019-204 5652
  • Email: bpm@ukm.edu.my

Livechat