Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali

Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali

 

 

LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN:

Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali dilahirkan pada 11 Julai 1946 di Jasin, Melaka. beliau mendapat pendidikan menengahnya di Melaka High School. Selepas tamat alam persekolahan beliau melanjutkan pelajaran Queen’s University di Belfast, Ireland Utara. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar lulus dengan ijazah BSc (Ekonomi) pada tahun 1970. Semasa tahun-tahun awal sebagai tutor dan pensyarah di UKM, beliau melanjutkan pelajaran dan memperoleh ijazah sarjana dan PhD dari Universiti Leicester dan Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

KERJAYA:

Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali adalah salah seorang tokoh terkemuka dalam akademik Malaysia.beliau juga merupakan seorang ahli ekonomi dan pakar dalam pengajian tinggi di Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai Naib Canselor dan Presiden Universiti Terbuka Malaysia. Pengalamannya yang meluas dalam bidang pendidikan bermula apabila menjadi tutor di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1973. Dengan penuh tekad dan kesabaran beliau kemudiannya mendapat kenaikan pangkat dan dilantik sebagai Dekan di Fakulti dan akhirnya menjadi Naib Canselor UKM pada 1 Mei 1998. Pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan telah menjangkau lebih 30 tahun dengan permulaan yang sederhana sebagai tutor di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1973. Sejak itu, dengan ketabahan dan dedikasi beliau naik pangkat menjadi Dekan Ekonomi pada tahun 1993 dan akhirnya Naib Canselor UKM pada 1 Mei 1998.

Beliau juga pernah menjadi Pengarah Pendidikan Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi pada 1995 hingga1998 dan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia pada 2001 hingga 2003. Setelah itu, beliau juga adalah Presiden/Naib Canselor Open University Malaysia (OUM) dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd (METEOR), syarikat induk OUM. Sebelum menyertai OUM, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi (1995-1998).

Kemudiannya bertukar menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan dan Industri ketika itu pada 1970. Tiga tahun kemudian, beliau menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tutor di Fakulti Ekonomi. Kerjayanya di UKM menjangkau lebih 30 tahun di mana beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Dekan Fakulti Ekonomi dan Timbalan Naib Canselor sebelum dilantik sebagai Pengarah Pengajian Tinggi.

Pada masa ini, beliau juga merupakan Pengerusi Panel Penasihat Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER); Pengerusi Projek Agenda Kritikal (CAPS), Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (NHESP), Kementerian Pengajian Tinggi dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Penganalisis Pelaburan Malaysia. Pengalaman beliau sebelum ini termasuk menjadi Pengerusi Pusat Pembelajaran Terbuka Asia Tenggara (SEAMOLEC) yang berpangkalan di Jakarta; Ahli Griffith Asia Pacific Council (GAPC) Universiti Griffith, Australia; Ahli Lembaga Persatuan Institut Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHL); Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia; Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia (Malaysia Development Bank); Ahli Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; Ahli Lembaga Kolej Universiti INTI; Ahli Lembaga Pengarah SIRIM Training Services Sdn. Bhd. dan Felo Pelawat, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Perunding Ekonomi kepada beberapa projek nasional dan antarabangsa seperti Perunding UNIDO kepada Pelan Induk Perindustrian, Malaysia (1986 – 1995); Perunding UNIDO kepada Pembangunan Perindustrian Bhutan, 1990 – 1991; Perunding Pelan Tindakan untuk Pembangunan Teknologi, Malaysia dan Pelan Tindakan untuk Industri Kecil dan Sederhana, Malaysia.

Profesor Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali menamatkan jawatan akhir beliau sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 April 2003. Beliau telah menyumbangkan banyak buku-buku penulisan dan peribadi beliau ke Perpustakaan Tun Sri Lanang.

Similar Posts

  • J.V. D’CRUZ

      Profesor J.V. D’Cruz menyertai UKM sebagai cendekiawan pelawat selama tiga bulan pada tahun 1996, dan kemudiannya, sebagai Profesor tambahan di Fakulti Pengajian Bahasa UKM dari 1999 hingga 2001. Semasa berada di UKM, beliau berjaya membantu 10 tenaga pengajar UKM untuk menerbitkan buku mereka. Beliau menyertai Dr. Supyan Hussin, bersama-sama dengan Assoc Prof Dr Noreiny…

  • Allahyarham (Tun) Ahmad Sarji Penyumbang Koleksi Peribadi Perpustakaan

    Negarawan Peribadi  Mulia Nama : Ahmad Sarji Abdul HamidTarikh & Tempat Lahir : 16 September 1938 (Tapah Perak)Bapa : Abdul Hamid Mohd AroopIbu : Mahani Hj SidekIsteri : Sagiyah SalikinAnak : 5 orang Pendidikan: 1946  : Sekolah Melayu Pasir Puteh, Ipoh, Perak1947 – 1949 : Sekolah Melayu Kampung Batu Tiga, Tapah,Perak , Sekolah Melayu, Tapah,…

  • Abu Zaki Fadzil

    BACKGROUND The late Abu Zaki Fadzil or his real name was Abu Bakar Bin Haji Mohammad Fazil was born on 11 November 1926 in Jejawi, Perlis. In addition to the pen name Abu Zaki Fadzil, he also used the names Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu and Ramuna. He was a writer and a preacher. The late Abu Zaki Fadzil died at the age of 54…

  • Syed Husin Ali

    LATAR BELAKANG Syed Husin Ali merupakan seorang ahli akademik bertaraf professor sebagai salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun dikenali sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu. Beliau adalah seorang cendekiawan Melayu yang hebat malahan ketokohannya sebagai ahli akademik melangkaui sempadan antarabangsa. Walaubagaimanapun, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli politik. Beliau dilahirkan pada Rabu 23 September 1936…

  • Haji Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa

      Ahli organisasi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan bekas Yang Dipertua yang pertama. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Latar belakang Nama Allahyarham sebenar adalah Nik Mohd Mohyiddeen bin Wan Musa bin Abdul Samad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kelantani. Allahyarham dilahirkan pada 23 Oktober 1923. Allahayrham berketurunan ulama di Kelantan. Atas faktor ini, didikan agama…

  • Haji Said Ibrahim

    Haji Said Ibrahim     Haji Said Ibrahim Latar belakang Allahyarham Haji Said Bin Haji Ibrahim merupakan seorang ulama Nusantara yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu fiqh khususnya di negara ini. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku, kertas kerja dan artikel yang sebahagian besarnya merupakan hasil karya fiqh. Ketokohan dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *